Aksi seorang gadis mengamuk di hadapan pintu masuk sebuah gedung perabot popular mencuri perhatian netizen.

Menerusi sepotong video yang ditularkan di Twitter dan Facebook, seorang gadis berpakaian dres merah jambu paras paha didakwa memaki hamun dua pengawal keselamatan yang bertugas di pintu masuk.

Kekecohan itu berlaku ekoran tindakan pengawal keselamatan terbabit yang menghalang gadis berkenaan daripada memasuki premis tersebut tanpa pelitup muka (mask).

"Aku sepak karang, sepatutnya sediakan mask. Ada budak kecil tak pakai mask, kenapa dia lepas. Tak guna kau orang ni si*l.

"Ni IK*A tau, bukan kedai RM2. Tapi nak kena keluar balik pergi beli mask PKP dah habislah bod*h. Lainlah kalau adik aku demam.

"Nak bagi masuk ke tak? Kim*klah kau! Kau boleh suruh aku keluar cari mask?" jerit gadis berkenaan.

Bagaimanapun, gadis yang datang bersama adik perempuannya itu berjaya memasuki premis berkenaan selepas diberikan topeng muka percuma oleh orang awam ekoran kekecohan tersebut.

"Beli mask, bawa mask tak perlu. Orang bagi free je sebab Cek Non marah orang," katanya.

Susulan video tular itu, individu yang difahamkan perakam video berkenaan tampil menjelaskan situasi sebenar menerusi Instagram Stories.

"Aku memang tak bawa mask sebab memang pergi IKEA kot, shopping paling terbaik dan kaya gitu, bukan shopping kemiskinan pun.

"Confirm dia sediakan mask tak pun jual. Aku pergi kedai runcit pun orang sediakan mask.

"Yang shopping terbesar ini pula terbalik. Langsung tak sediakan.

"Cek Non naik darah semua orang dia maki sebab kat dpan tu memang dia sediakan mask dan hand sanitizer tapi tak tahulah dia malas nak top up atau apa," jelasnya.