Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Aku Tak Ambil Dadah, Tak Minum Arak, Tak Sosial Kat Kelab" - Noh Salleh

Amri Hassan
30/09/2023 07:57 MYT
Penyanyi Noh Salleh mendedahkan dirinya pernah terfikir untuk bersara daripada industri seni dan memberikan fokus membangunkan perniagaan pakaiannya.

Jelas Noh, dia akan berdepan dengan perasaan cemas setiap kali membuat persembahan di hadapan peminat yang ramai.

"Baru malam tadi aku rasa macam nak quit. Kan aku cerita tadi aku jadi anxiety bila ramai orang.

"Rasa gerd muncul, suddenly aku rasa lemah, lagu lima minit nak show lagi banyak aku minum air hausboom tu. Patutnya jangan, kan manis gila. Aku nak energy kena minum.

"Aku second show dah rasa nak pengsan, tapi dalam visual aku gila ‘b*bi’ kan. Aku struggle nak mampus untuk habiskan satu set, berjaya habiskan pun driven by energy crowd," katanya dalam satu temubual podcast yang dimuatnaik di TikTok.

Namun, nikmat terbaik yang dirasai Noh apabila mendapat sorakan dan tepukan daripada peminat di hadapannya selepas setiap kali persembahan.

"Aku dah rasa nak mati ni, tak larat nak bangun. Bahu aku dah sakit, i’m getting old nak masuk 40 tahun rock and roll performance Hujan tu, aku tak tahu mampu bertahan ke tak.

"Tu yang aku terfikir sampai bila aku bertahan kan jangan sampai aku mati atas stage, tapi… itu je la nikmat yang aku rasa life best on stage.

"Aku tak ambil dadah, aku tak minum arak. Aku tak pergi bersosial dekat kelab. Time aku rasa best nak bersosial is on stage," ujarnya.
undefined
Sumber: Podcast Sneakerlah

#Penyanyi #Dadah #Noh Salleh #Bersara #Kelab Malam #Anxiety #Arak #Gerd
;