Laman Utama

“Aku Tak Berlapar Atau Amik Supplement” - Amal Gaya Hidup Sihat, Khairul Aming Turun 6kg!

gempak
Azwa Rahman
04/12/2020
13:11 MYT
Sponsor Banner
“Aku Tak Berlapar Atau Amik Supplement” - Amal Gaya Hidup Sihat, Khairul Aming Turun 6kg!
Personaliti media sosial Khairul Aming mencatatkan kejayaan manis apabila berat badannya telah berkurangan sebanyak 6kg selepas mengamalkan gaya hidup sihat.
Menerusi laman sosial Twitter, Khairul atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman berkongsi berita itu bersama satu foto terkininya yang semakin susut berbanding sebulan yang lalu untuk tatapan umum.
“Selepas 30 hari makan sihat dan bersenam, alhamdulillah dah hilang 6kg. Gambar kiri tu bulan 10 kalau tak silap. Aku tak berlapar atau amik supplement ke apa, hanya makan ikut portion yang betul dan selalu bersenam,” tulisnya menerusi satu ciapan.
Menurutnya lagi, dia yang dahulunya memiliki berat badan 106kg telah berkurang menjadi 100kg. Indeks Jisim Tubuh (BMI) nya kini telah berubah daripada obesiti kepada berlebihan berat badan.
Malah, dia turut merasakan perjalanan penurunan berat badan kali ini paling terbaik kerana tidak perlu stress berdiet seperti yang diamalkannya sebelum ini.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya yang memberikan ucapan tahniah pada penurunan berat badannya.
Ramai juga yang mahu menjadikan Khairul sebagai inspirasi dan memintanya berkongsi menu-menu sihat yang diamalkan.
Don't worry so much about how much you've lost or how fast. Yang penting, be comfortable with a good lifestyle (balanced diet, active life, proper rest) that you can sustain permanently, not just for a few months or even a few years. Stay strong!” sokong seorang wargamaya.
Boleh tak mintak share any healthy food yang you buat? I'm on weight loss journey too. But it is so hard. Nearly give up,” ujar seorang wargamaya.
Tahniah. Kena ingat benda ni selalu: gaya hidup sihat ini untuk selama-lamanya selagi kita hidup. Bukan setakat nak kurus je,” ucap seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian Khairul telah menerima lebih 1,500 ulang kicau dan 8,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live