,
Laman Utama

”Aku Tak Dak Baju Melayu Biru!” - Alamak! Rizalman Lancar ‘Perang’ Dengan PU Riz Ke Ni?

Azwa Rahman
22/09/2020
09:06 MYT
Pereka fesyen tersohor negara Datuk Rizalman Ibrahim mencuri perhatian wargamaya apabila menunjukkan rasa cemburu terhadap Neelofa dan PU Riz yang menjadi bualan hangat di laman sosial.
Menerusi laman sosial Instagram (IG), Rizalman memuat naik sekeping foto memakai beg biru dan sebuah video berjambang untuk tatapan umum.
“PU, hang ada beg biru?” tanya Rizalman menerusi ruangan kapsyen.

PU... hang ada beg bighu...??? . . #h #h #h

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Menerusi perkongsian video pula, Rizalman mengenakan jambang dan misai palsu bagi menyamakan rupanya seakan-akan PU Riz.
“Kali ni aku pulak nak merasa ‘battle’,” tulis Rizalman lagi.
Malah di IG story, Rizalman turut memuat naik foto lama dirinya memakai baju melayu biru.
Di ruangan komen, ramai wargamaya yang terhibur dengan usikan Rizalman terhadap Neelofa dan PU Riz.

kali ni aku pulak nak merasa ‘battle’...!!!

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Malah, ada wargamaya yang telah menukar penggunaan tanda pagar #lori (gabungan Lofa dan Rizalman) kepada #loriz (gabungan Lofa dan Hariz).
“Datuk ada baju biru sedondon dak? Ok bye,” usik seorang wargamaya.
“Datuk macam mana ni? #lori dan jadi #loriz,” tanya seorang wargamaya.
“PU ada kepiah ja datuk, datuk kena keluarkan Ripiah,” cadang seorang wargamaya.
“Dulu battle dengan Hael, ni dah move on dengan Hael, battle dengan Hariz pulak,” kata seorang wargamaya.
“Pi jahit baju melayu biru lekas, nak tengok siapa lagi segak,” komen seorang wargamaya.
“Cepatlah masuk meminang datuk oit,” seru seorang wargamaya lagi.
Minggu lalu, kehadiran PU Riz pada majlis perkahwinan adik Neelofa sambil mengenakan baju melayu sedondon menarik perhatian ramai.
Malah, menerusi Instagram Stories kakak Neelofa, Noor Nabila, kelibat kedua-duanya sedang berbual-bual sempat dirakamkan dan disertakan emoji 'love'.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

PU Riz, Dr Aizul Buka Cawangan Pusat Estetik Patuh Syariah Di Kelantan! - "Prosedur Ikut Garis Panduan Islam, Bahan Halal, Aurat Terjaga"

gempak
09/09/2024
08:25 MYT
AiRiz Aesthetic Centre, pusat estetik yang terkenal dengan pendekatan berasaskan syariah, dengan bangganya mengumumkan pembukaan cawangan kedua mereka di Kota Bharu, Kelantan.
Hiburan

“Kami Menyimpan Harapan Tinggi Untuk Bekerjasama Lagi” - Neelofa Rakam Penghargaan Terima Kasih Buat Dr Zulkifli Sepanjang Bersama TheNoor

gempak
02/09/2024
10:05 MYT
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor iaitu Neelofa merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Hiburan

“Sebaik Mana Orang Itu Pun Belum Tentu Orang Lain Akan Terima Kebaikan Dia” - PU RIz

gempak
02/09/2024
07:55 MYT
Pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz berkongsi pendapat mengenai sikap segelintir manusia yang hanya melihat keburukan seseorang itu.
Hiburan

Netizen Teka Neelofa Hamil Anak Ketiga? - "Cutenya, Macam Nampak Baby Bump Je"

gempak
26/08/2024
21:55 MYT
Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa.
Hiburan

PU Riz Beri Pandangan Mengenai Perkongsian Di Laman Sosial - “Bila Kau Post Benda Agama, Orang Kata Ini Nak Tunjuk baik”

gempak
20/08/2024
03:55 MYT
Pendakwah bebas, PU Riz atau Haris Ismail berkongsi pandangannya mengenai perkongsian seseorang itu di laman sosial menerusi platform Thread miliknya.
BorakSeeni