Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Aku Tak Involve Tapi…”- Puji Tiga Janda Melawan Dunia, Pengarah Razaisyam Berani Bagi Refund Balik Duit Tiket Kalau Rasa Tak Berbaloi!

Syafiqah Jalal
19/05/2022 08:40 MYT
Pengarah filem Razaisyam Rashid menyeru semua peminat seni lakonan ke panggung wayang untuk menonton Filem Tiga Janda Melawan Dunia yang ditayangkan mulai hari ini.

Razaisyam berkata filem berkenaan antara karya yang berbaloi ditonton dan dia berani untuk membayar Kembali duit penonton yang tidak bersetuju dengannya.

“Hari ni Tiga Janda Melawan Dunia keluar wayang! Filem ni best wei, apa yang korang nampak kat trailer tu just the tip of the iceberg je.

“Korang pergi tengok dulu, tapi kalau korang rasa tak berbaloi tengok filem ni, korang boleh request refund balik duit ticket kat aku. Serius!,”
tulisnya.

Razaisyam berkongsi pendapatnya itu dalam satu ciapan di Twitter.

Pengarah filem pendek Raya Astro, Tujuh Hari Di Bawah Matahari itu akui dia jatuh cinta dengan lakonan pelakon utamanya Raja Azura serta kagum dengan arahan pengarah Hyrul Anuar.

“Aku tak involve dalam filem ni, tak dibayar untuk promote, aku just sayang filem ni dan terjatuh cinta pada Raja Azura bila tengok dia main karektor ni dengan sedap.

“Bagi aku pengarahnya adalah masa depan sinema Malaysia. Pergi nonton dan enjois guyssss,”
tambahnya lagi.

Ciapan berkenaan mendapat perhatian pengguna Twitter lain termasuk pengarahnya sendiri yang mengucapkan terima kasih.

“Terharu baca. Terima kasih taw untuk semua support & tunjuk ajar selama hari niiiiii,” jawabnya.

Filem ini mengisahkan tiga orang janda Midah lakonan Khatijah Tan, Rohayu (Normah Damanhuri) dan Ain (Raja Azura) yang tinggal di kampung berusaha mengumpul duit untuk membeli tiket konsert terakhir penyanyi idaman mereka.

Disebabkan tiket konsert terlalu mahal dan eksklusif, mereka perlu melakukan pelbagai usaha yang melucukan bagi merealisasikan impian mereka.

Dihasilkan dengan kerjasama lima syarikat gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Directors Think Tank, Golden Screen Cinemas, Astro dan Six Fun Media filem ini bukan filem komedi biasa, tetapi mempunyai 'sesuatu' yang membuatkan penonton tidak kering gusi dibuatnya.



dea asal filem ini dihasilkan Hyrul Anuar juga pengarah iklan yang memenangi anugerah antarabangsa di Adfest Asia Pacific Advertising Festival yang diinspirasikan daripada keluarganya di kampung.

Filem Tiga Janda Melawan Dunia ditaja oleh Nescafe dan Hotlink selaku penaja utama manakala filem ini diedarkan oleh GSC Malaysia.

Tiga janda Melawan Dunia bakal menghiburkan penonton di seluruh negara bermula 19 Mei ini.
Untuk maklumat lanjut layari http://www.gscmovies.com.my.

#Filem #Pengarah #Raja Azura #Razaisyam #Tiga Janda Melawan Dunia
;