Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Aku Tak Pernah Minta Maaf, Sebab Tu Rezeki Aku Sempit" - Sharul Kamal Mengaku Pernah Benci Haqiem Rusli

Badrul Hashim 21/11/2019 | 04:10 MYT
Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Sharul Kamal sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk mengundurkan diri daripada industri seni.
Menurut Sharul dia kecewa dengan industri hiburan yang disifatkan seperti tidak mahu memberi peluang buatnya menonjolkan bakat.
Baca: "Aku Nak Give Up Lah. Dah Tak Ada Semangat Nak Menyanyi"- Sharul Kamal Kecewa Dengan Industri?
Terbaru Sharul mendedahkan di Twitter miliknya bahawa suatu ketika dulu dia pernah membenci Haqiem Rusli ketika kes depresi Haqiem pada satu ketika dulu.
"Aku manusia biasa yang berdosa. Aku antara orang yang benci Haqiem masa kes dia dulu. Tapi aku sedar aku tak ada hak judge dia.
"Aku bersyukur dia maafkan aku. Untuk fans Haqiem, korang memang tak salah pilih dia. Terima kasih Qiem," tulis Sharul sambil menyertakan perbualan bertulis antara dirinya dan Haqiem.
Dalam perbualan tersebut, Haqiem memberikan kata-kata semangat kepada Sharul suapay tidak menyerah kalah dan terus berjuang.
"Assalamualaikum Sharul. Jangan give up ok. Jatuh bangun itu normal. Takpe kita jaga niat kita dalam industri. Jaga tujuan. Jangan kacau-kacau orang, biar orang kecam kita, be positive always, bro," pesan Haqiem.
"Waalaikumussalam Haqiem. Btw aku nak minta maaflah sebelum ni aku ada buat kau sakit hati. Aku tak pernah minta maaf dekat kau sebab tu rezeki aku sempit.
"So ni aku ikhlas minta maaf & harap kau maafkan aku. Terima kasih Qiem untuk kata-kata positif tu," balas Shahrul.
Haqiem turut memberitahu dia sudah memaafkan Sharul dan juga kawan-kawan industri yang pernah membencinya dulu.
Tak apa, kita belajar dari kesilapan," tulis Haqiem lagi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Haqiem Rusli #Sharul Kamal
;