“Aku Tak Tahu Nak Rasa Apa...”- Lagu Altimet Jadi Bahan Thesis Pelajar UiTM

Syafiqah Jalal
Mei 2, 2019 07:00 MYT
Penyanyi Altimet yang sudah mengumumkan telah bersara dari menjadi penyanyi akhir tahun lalu terharu apabila lagunya diangkat menjadi bahan thesis seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Menurut Altimet dia bagai tidak percaya hasil karyanya dalam menghasilkan lirik lagu telah membantu seorang pelajar dari jurusan Pengajian Bahasa Gunaan itu untuk melakukan kajian.
“Aku tak tau nak rasa apa bila nampak picture ni. Rasa tak percaya ada, rasa terkejut, terharu, tertunduk syukur, semua ada.
“Benda ni bukan idea & hasil kerja aku, ni usaha @rozita_rosli, jadi aku doakan dia berjaya dlm pengajian dia. Moga dapat apa yang dia hajati, Amin,” tulisnya.
Altimet berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik foto dari pelajar tersebut yang menunjukkan kulit buku thesis tersebut.
Rata-rata pengikutnya berbangga dengan Altimet dan berharap satu hari dia bakal menghasilkan sebuah buku.
#Altimet #Altimet #Lagu #UiTM #Thesis