Keluarga Iskandar The Movie (KITM) terus menerima reaksi positif daripada penonton biarpun telah ditayangkan sejak 16 Julai lalu.

Memaparkan komedi kekeluargaan dalam bentuk ‘mockumentary’, KITM sedikit sebanyak telah mengubah lanskap pembikinan filem.

Tinjauan Gempak di media sosial juga mendapati ramai memuji gaya komedi yang ditampilkan dalam filem ini.

Malah, ramai juga yang sanggup menonton kembali drama siri tersebut.

“Kena tengok balik season 1 sebab filem KITM lawak gila,” kata seorang pengguna Twitter.

“Yes aku sanggup tengok balik musim 1 & 2 lepas tengok filem,” kata seorang lagi pengguna Twitter.

“Mak aku gelak mengekek sampai adik tidur pun terbangun,” kata pengguna Twitter dikenali sebagai Nabilah.

Bagi anda yang belum menonton KITM, boleh tontonnya menerusi Astro First di saluran 480.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk rekod, KITM mengisahkan Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Walaubagaimanapun perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka.

Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.