Penyanyi yang juga peserta rancangan realiti Saiful Malaysian Idol kembali menjadi topik perbualan ‘hangat’ netizen apabila video yang menampilkan imej terbarunya tular.

Menerusi sebuah video dimuat naik di TikTok, Saiful tampil dengan gaya wanita yang lebih anggun.

Malah, wajahnya kini dilihat lebih kurus dan runcing berbanding sebelumnya.

“Hai saya Saiful,” katanya ringkas.

Menerusi ruang komen, ramai yang terkejut dengan penampilannya yang dikatakan lebih ‘wanita’ berbanding dahulu.

Biarpun ada memuji tindakannya yang masih menggunakan nama Saiful, namun tidak kurang juga yang kecewa dengan imej tersebut.

Malah, ada yang mendoakan supaya pelantun lagu Ku Juga Mencintaimu itu diberikan hidayah.

“Aku vote kau dulu habis beratus-ratus, kau jadi macam ni? Sekali vote 50 sen tau”.

“Dia masih guna nama Saiful Alhamdulillah”.

“Semoga diberikan hidayah,”.

“Kenapa jadi macam ni, dulu aku minat sebab hensem sekarang kenapa macam ni”.

“Seriously, kenapa jadi macam ni,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.

@divawafa

Eksklusif !!!....Tunggukan Temubual Artis Berbakat Besar Saiful Malaysia Idol Di Wafa Tv !!!

♬ Ku Juga Mencintaimu (Version 2008) - Saiful

Sementara itu, Gempak masih berusaha untuk mendapatkan respon Saiful mengenai isu berkenaan.

Terdahulu, sekitar 2017 tular sebuah gambar Saiful juga dikatakan lebih mesra dengan panggilan Saifulina.

Menerusi perkongsian individu di laman twitter, ramai yang agak terkejut dan tidak menyangka perubahan yang drastik itu.

“Saiful Malaysian Idol sekarang dah jadi Saifulina. Cantik Hokay,” tulisnya.