"Aku Yang Diceraikan Ke Engkau?" - Ditinggal Sehelai Sepinggan, Bekas Isteri Cef Fikree Dedah Kena Aniaya

Amri Hassan
Januari 24, 2020 00:08 MYT
Bekas isteri Cef Fikree, Syafirah Zuriehan Ben Yahya mendedahkan dia masih dianiayai oleh bekas suaminya selepas diceraikan pertengahan tahun lalu.
Penganiayaan yang dimaksudkan Zuriehan adalah tidak menyempurnakan nafkah anak mereka, Jayden Malik, 3.
"Kadang tu terfikir juga... aku yang diceraikan ke engkau? Dahlah ditinggalkan sehelai sepinggang dengan anak kecil, lepas tu bulan puasa dengan hari raya terkontang kanting, kereta tak ada, rumah kena keluar.
"Sampai sekarang pun aku yang jaga anak seorang diri, makan minum semua sakit demam bagai," tulisnya.
Lebih mengejutkan apabila skandal bekas suaminya itu menghubunginya baru-baru ini.
"Yang tak faham kenapa skandal engkau bini orang mesej aku cakap aku ni bertuah dapat engkau?
"Aku ingat dah over tapi engkau pula pergi telefon merata buat teruk macam aku ni villain?
"Iyalah mestilah aku minta duit makan Jayden kat engkau, takkan aku nak mintak kat jiran sebelah?
"Seriously aku ni manusia biasa, walaupun aku tiap-tiap hari mantera diri aku kena kuat, tak semestinya aku kebal tak punya hati dan perasaan.
"Kalau aku yang kena naya ni boleh berlakon okay and steady, kenapa kau nak berlakon macam bini kau yang curang?" tambahnya.
Zuriehan mendakwa telah diceraikan Fikree pada 30 Mei lalu selepas membongkarkan kisah kecurangan bekas suaminya di laman sosial beberapa hari sebelum itu.
BACA: Lagi Kes Curang Didedahkan di Bulan Ramadan... Isteri Dakwa Chef Fikree Curang Dengan Bini Orang Anak 3
Pasangan itu mula berkenalan pada 2006, seterusnya bertunang pada 2014. Setahun selepas itu, mereka mendirikan rumah tangga dan dikurniakan anak lelaki, Jayden Malik, yang kini berusia dua tahun.
Fikree mula dikenali selepas menjayakan program masakan, Hello Bro Tolong Masak, selain menjadi pengacara rancangan, Dapur Panas.
#cerai #Cef Fikree #Zuriehan Ben Yahya