"Aku Yang Lalang Kau Yang Panas" - Wak Doyok Perli Balik Netizen
Amri Hassan
14/05/2018 11:00 MYT
14/05/2018 11:00 MYT
Dilabel lalang oleh netizen, selebriti media sosial, Wak Doyok tampil menjawab kritikan netizen selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berakhir.
Menggunakan tanda pagar #AkuYangLalangKoYangPanas dan #AirLalangMemangSedapDiminum, Wak Doyok secara tidak langsung memberikan respon terhadap kecaman yang diterimanya selepas PRU14.
"Apa macam suke kutuk orang #AkuYangLalangKoYangPanas," tulis Wak Doyok.
Sehingga kini, entri Wak Doyok dihujani lebih 1,400 pelbagai komen netizen.
Wak Doyok dikritik kerana didakwa mengubah haluannya secara tiba-tiba sejurus selepas Barisan Nasional (BN) tewas kepada Pakatan Harapan (PH) dalam PRU.
Terbaharu, menerusi entri yang dimuat naik di Facebooknya baru-baru ini, Wak Doyok berkata tindakannya itu demi menjaga periuk nasi dan kariernya.
"Ramai yang sebelum ini perlu tunjuk menyokong BN kerana menjaga periuk nasi dan karier. Sedangkan jauh di sudut hati menyokong perjuangan PH.
"Sekarang mereka menunjukkan sokongan kepada kita, jangan la pulak kita hina. Terima mereka dengan hati terbuka.
"Terima kasih Tun M menjemput kami dan memahami orang-orang macam saya yang menyokong dalam senyap," ujarnya.
Catatan ini ditulis Wak Doyok untuk mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika satu perjumpaan bersama barisan artis lain.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @wakdoyok

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.