Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Aku Yang Lelaki Ni Pun Rasa..." - Penonton Suka Elemen 'Bromance' Dalam Sangkar!

Asraf Aided
06/09/2019 10:33 MYT
Filem terbaru arahan Khabir Bhatia iaitu Sangkar bukan sahaja memaparkan elemen sukan seni bela diri campuran (MMA) semata-mata, malah banyak lagi aspek lain yang digemari penonton.

Menerusi tinjauan Gempak di laman Twitter, rata-rata netizen menyukai babak 'bromance' antara watak yang dipegang Remy Ishak dan Zul Ariffin dalam Sangkar.

Mereka memuji keserasian Remy dan Zul yang berjaya mewujudkan elemen 'bromance' dalam filem tersebut.

"Serius aku yang lelaki ni pun rasa bromance antara Zul dan Remy dalam ni sangat sweet.

"I can't move on! I love the bromance between Remy Ishak & Zul Ariffin, terbaiklah Sangkar.

"Dah tengok Sangkar? Ada scene bromance tau,"
tulis netizen.





Sedikit info mengenai Sangkar, filem ini menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Sangkar juga memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama, motivasi dan banyak lagi.

Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara serta Brunei dan Singapura!
#Zul Ariffin #Remy Ishak #Sangkar
;