Hiburan
Akui Bayi Kekurangan Berat, Doktor Minta Wawa Zainal Supaya...
Pelakon Aeril Zafrel meluahkan rasa bimbang kerana bayi berusia tujuh bulan yang dikandung isterinya, Wawa Zainal ketika ini mengalami masalah kekurangan berat badan.
Menurut Aeril, doktor mengesahkan masalah tersebut berpunca daripada corak makanan Wawa yang tidak teratur selain turut dipengaruhi oleh jumlah dan kuantiti makanan yang diambil.
"Tidak dinafikan kali ini Wawa sedikit sibuk dengan kerja. Jadi makan itu agak kurang dan tak banyak.
"Jadi ia menyebabkan berat badan bayi pun sedikit terkesan berbanding kehamilan sebelum ini," katanya.
Menurut Aeril, disebabkan masalah tersebut, doktor menasihati supaya isterinya mengambil makanan yang protein tinggi.
"Doktor meminta Wawa makan makanan yang ada protein tinggi seperti tauhu," katanya.
Terdahulu, isu berat badan bayi dikandung Wawa turut mencuri tumpuan apabila pelakon itu memuat naik satu posting berkiatan masalah tersebut.
Menurut Menurut Wawa, kandungan yang diklasifikasikan sebagai kecil itu sudah berusia tujuh bulan.
Sementara itu, ditanya tentang kesan kehamilan Wawa terhadap dirinya, Aeril memberitahu dia turut terkena tempias apabila mengalami alahan.
"Saya ada muntah-muntah tapi dua bulan terawal saja. Namun ia bukanlah perkara baru kerana boleh dikatakan setiap kali Wawa hamil memang saya macam ni," katanya.
Aeril ditemui ketika majlis pelancaran Redmi Note 8 Pro dan Note 8 Pro yang berlangsung di Subang Jaya Industrial Estate, baru-baru ini