HIBURAN

Akui Kekhilafan Peluk Adik Ipar, Fasha Sandha Terima Teguran Secara Baik - “Saya Terlalu Selesa Dengan…”

Ainun Md Zooki 15/04/2025 | 08:55 MYT

Pelakon, Fasha Sandha tampil memberi respon tentang isu dia berpelukkan adik iparnya, Uzair Haqimy baru-baru ini.

Jelas Fasha, dia tidak merasakan dia perlu memberikan penjelasan kerana dia sendiri menyedari dirinya mempunyai banyak kelemahan yang masih perlu diperbaiki.

“Rasanya saya tak perlu buat apa-apa penjelasan sebab seperti yang kita semua tahu, saya ada banyak kekurangan dan kelemahan. Itu salah satu daripadanya.

“Saya terlalu selesa dengan adik ipar sebab kami dah kenal lama, sejak zaman sekolah lagi. Jadi, memang kami sangat rapat.

“Walaupun saya peluk dia seperti adik sendiri dan berlapik, benda tu tetap silap,” katanya kepada Gempak.

Fasha Sandha berkata demikian ketika menghadiri majlis rumah terbuka Aiwahhhhh Raya yang berlangusng di Putra Glass Hall, Putra Heights, Selangor pada Ahad lalu.

Pada masa sama, aktres yang terkenal dengan filem Anak Mami Kembali itu turut menghargai setiap teguran yang diterima, malah menganggap ia sebagai tanda prihatin daripada netizen yang mahukan dirinya terus berubah ke arah lebih baik.

“Apa pun, saya nak ucap terima kasih kepada yang menegur. Saya hargai sangat-sangat.

“Bila orang tanya saya tentang isu berhijab atau perubahan, saya selalu jawab yang saya tak sempurna dan banyak lagi yang nak diperbaiki. Inilah salah satunya,” ujarnya.

Bagaimanapun, Fasha juga menegaskan kepada orang ramai dimana dia tidak pernah mengaku dirinya sudah berubah, sebaliknya dia cuma memohon doa agar dirinya sentiasa diberikan kekuatan untuk menjadi lebih baik.

“Saya juga tidak pernah berkata yang saya mahu berubah atau saya sudah berubah ke arah kebaikan dan sebagainya. Saya cuma kata doakan yang baik-baik.

“Bagi saya jika mereka menegur saya dengan cara baik bermaksud mereka sayangkan saya. Saya okay je sebab saya tidak ambil perkara itu sebagai sesuatu yang besar,” tegasnya.

Terdahulu, tular sebuah video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sheilrdv2c5 yang memaparkan Elisya Sandha dan suami membuat gender reveal untuk anak keduanya.

Bagaimanapun, apa yang meraih perhatian netizen adalah apabila Fasha yang kelihatan sangat gembira kemudian memeluk adik iparnya itu.

Tindakannya itu kemudiannya menuai bahan bualan ramai di media sosial.

BERITA BERKAITAN: Fazura Komen Isu Fasha Sandha Terkilan Ditegur Pramugari - “Ia tidak Menentukan Status Atau Kestabilan Kewangan Sesiapa”

BERITA BERKAITAN: Fasha Sandha Sudah Maafkan Pramugari, Tapi Tak Akan Lupakan - “Semoga Dia Yang Tersalah Tutur Kata Itu…”

BERITA BERKAITAN: “Fasha Sandha, Economy Class?” - Fasha Sandha Terkilan Ditegur Pramugari, Harap Kru Penerbangan Lebih Sensitif

BERITA BERKAITAN: Fasha Sandha Puasa & Tarawih Sehari Awal – “Kami Puasa Sehari Awal Kerana…”

#Fasha Sandha #Peluk #Uzair Haqimy #Adik Ipar #khilaf