Hiburan

Akui Masih Trauma, Insiden Kemalangan Banyak Mengubah Ikmal Amri - "Saya Cermin Balik Apa Yang Saya Dah Buat"

gempak
Asyraf Roslan
31/10/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
Akui Masih Trauma, Insiden Kemalangan Banyak Mengubah Ikmal Amri - "Saya Cermin Balik Apa Yang Saya Dah Buat"
Pelakon, Ikmal Amri akui insiden kemalangan jalan raya yang pernah dilalui pada tahun 2022 bersama keluarga sangat memberi kesan terhadapnya.
Aktor yang popular dengan naskah Gantung itu berkata insiden itu banyak mengubah kehidupannya.
"Sangat menjadi trauma dalam kehidupan saya.
"Selepas insiden itu, saya menjadi orang lain dan ia banyak mengubah saya. Namun saya tidak pandang ia sebagai satu perkara yang negatif kerana saya yakin ada hikmah disebalik ujian yang diberikan kepada saya," kata Ikmal kepada Gempak.
Pemilik nama Mohd Zulikmal Amry Ghazali,30 juga memberitahu bahawa sejak peristiwa hitam itu berlaku dalam kehidupannya dia cuba menjadi orang yang lebih baik.
“Sejak kejadian itu, saya cermin balik apa yang saya dah buat.
"Jadi saya cuba ubah diri untuk menjadi orang yang lebih baik kerana saya percaya dengan ujian yang Allah berikan ia akan digantikan dengan hikmah. Saya dapat anak no 2, dapat pelbagai tawaran lakonan," tambahnya.
Ikmal juga menasihatkan kepada orang ramai untuk sentiasa berfikiran positif apabila menghadapi sesuatu ujian yang diberikan dalam kehidupan mereka.
Terdahulu, Ikmal pernah terlibat dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah selatan yang turut melibatkan dua buah kenderaan lain pada tahun 2022.
Pada ketika itu, Ikmal memandu dalam keadaan kurang rehat ekoran baru selesai menjalani penggambaran sehingga pukul 7 pagi.
Dia kemudian bergegas pulang ke kampung di Melaka untuk menziarahi keluarganya pada sebelah petang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024