Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Akui Salah Sentuh Pelakon Lelaki Dalam Drama, Sharifah Rose: “Itu Tanggungjawab, Tapi…”

Shahrin Zulkifle
08/11/2022 11:00 MYT
Pernah melakukan babak berpegangan tangan , pelakon Sharifah Rose tidak menolak fakta bahawa ia adalah satu kesalahan dan merupakan isu yang sensitif.

Menurut, Rose, 24, melakonkan babak mesra bersama pasangan yang digandingan dalam sebuah naskhah adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon. Bagaimanapun, dia masih mengetahui batasnya.

“Pada awal pengambaran saya beritahu pihak produser dan pengarah jika ada babak yang mesra atau sensitif selagi boleh elak akan dielakkan.

“Tapi kalau babak itu memang perlu bersentuhan, contohnya saya pengsan dan dia (pelakon lelaki) perlu angkat dan tolong saya, itu mungkin benda yang tidak boleh dielak.

“Saya pelakon, itu tanggungjawab sebagai seorang pelakon. Bukan nak kata saya tak kisah sangat, tapi masih tahu ada batasnya juga.

“Saya akui babak yang bersentuhan itu adalah agak sensitif bagi sesetengah netizen, saya tidak akan menegakkan benang yang basah, yang salah tetap salah. Daripada itu saya belajar sesuatu juga untuk menjadi pelakon lebih baik,” katanya kepada Gempak.

Rose berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kaca mata jenama popular, Komute Komono x Boy Citizen bertempat di Habib Jual cawangan Ampang baru-baru ini.

Terdahulu, babak berpegangan tangan lakonan Rose menerusi sebuah drama bersama seorang aktor menjadi bualan netizen sehingga ada yang mengatakan ia kurang manis bagi seorang pelakon yang mengenakan hijab.

A post shared by Sharifah Rose Sabrina (@sharifahrose_)

Dalam perkembangan lain, Rose berkata dia akan berehat seketika daripada mengambil sebarang tawaran berlakon untuk tahun 2022 kerana ingin memberi fokus kepada perniagaan.

“Untuk tahun 2022, saya dah berhenti daripada mengambil sebarang tawaran berlakon sejak September sebab nak fokus dekat perniagaan saya. Insya-Allah tahun hadapan saya akan aktif semula pada lakonan,” tambahnya ringkas.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya

#Viral #Drama #Sharifah Rose