Skip to main content

Berita Tempatan

Akui Sudah Lama Memendam Rasa, Ziana Zain Lega Berpeluang Menikmati Rasa Bahagia

ziana-zain_5.jpg
Penyanyi Ziana Zain mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan secara terperinci kelemut yang terjadi dalam rumah tangganya setelah 19 tahun berkahwin.

Menurut Ziana keputusan itu diambil kerana dikhuatiri akan mengaibkan kedua-dua belah pihak termasuk ahli keluarga terdekat.

“Biarlah kami sahaja yang tahu. Cuma saya akui, sudah lama memendam rasa dan Alhamdulillah, saya serta anak-anak boleh menghela nafas lega sekali gus berpeluang menikmati rasa bahagia.


“Ahli keluarga dia (suami) adalah keluarga saya juga. Jadi tidak baik untuk saya buka pekung sendiri.

"Firman Allah dalam al-Quran, kun fa ya kun, maka jadilah. Siapa saya sebagai hamba-Nya untuk mengelak setiap takdir yang telah ditentukan ke atas saya.

“Dia Maha Kuasa. Saya terima semua ini sebagai satu ujian. Mungkin ada hikmahnya,” katanya.

Dalam pada itu, Ziana juga menafikan pembabitan orang ketiga dalam hubungannya dengan Armin Zaharin Ahmad dan menjelaskan bahawa penceraiannya adalah ketentuan Ilahi.

Pada masa sama, dia yang kini tampil menerusi drama Mak Cun musim keempat itu mendedahkan, sejak bebas daripada tahanan polis, Armin langsung tidak menghubunginya atau anak-anak.

Sumber: Utusan Online

Must-Watch Video

Advertisement