Laman Utama
Akui Sukar Kawal Isteri, Shah Rukh Khan Minta Peminat Selesaikan Masalah Rumah Tangga Sendiri
Pesohor Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) dikenali sebagai salah seorang selebriti yang rajin berinteraksi bersama para peminatnya di media sosial Twitter.
SRK akan berinteraksi dengan peminat menerusi slot Ask Me Anything dan cuba menjawab setiap soalan yang diberikan dengan cara tersendiri.
Terkini, salah satu jawapan yang diberikan SRK buat peminatnya telah menarik perhatian. SRK melakukan interaksi tersebut untuk bercakap mengenai projek terkininya termasuk Jawan.
Advertisement
Salah seorang peminat telah meminta tips daripada SRK bagaimana dia boleh pergi menonton Jawan bersama isterinya.
Namun jawapan yang diberi SRK cukup spontan dan menghiburkan.
“Okay semua, jangan tanya dan minta saya cuba selesaikan masalah rumah tangga anda bersama isteri.
“Tolong, saya sendiri sukar untuk mengawal isteri sendiri dan kini anda mahu meletakkan masalah rumah tangga kepada saya pula?”tanya SRK dalam nada berseloroh.
Suami kepada Gauri Khan itu malah sempat berkempen dengan mengatakan: “Para isteri datanglah tonton Jawan tanpa rasa stress.”
Jawan akan menjadi filem terkini bintang berusia 57 tahun yang dijangka tayang pada 7 September depan.
Must-Watch Video