Hiburan
Akui Tumpang Populariti Khai Bahar, Iza’an Tampil Dengan Single Berjudul...
Biarpun tersingkir pada peringkat keempat program realiti I Can See Your Voice Malaysia musim kedua, namun nasib tetap menyebelahi penyanyi baru Iza’an apabila dia 'dilamar' oleh Khai Bahar untuk menjadi artis rakaman.
Pemilihan itu sekali gus menjadikan Iza’an , 22, atau nama sebenarnya Mohamad Iza’an Abdul Talib sebagai antara penyanyi baru yang bernaung di bawah syarikat milik Khai Bahar.
Mempertaruhkan lagu Merindu sebagai single pertama, karya berkenaan merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Khai Bahar sendiri.
Menurut Iza’an, dia mengakui populariti Khai Bahar sedikit sebanyak membantunya untuk dikenali.
“Seperti semua sedia maklum, penyokong dan peminat Khai sangat ramai. Jadi, sedikit sebanyak ia memang membantu untuk saya lebih dikenali.
“Diakui, tempias populariti Khai juga kena pada saya. Malah, peminat Khai pun tidak sabar mendengar single sulung saya ini yang juga hasil ciptaan Khai,” katanya.
Difahamkan single pertama itu turut hadir bersama muzik video yang telah dilancarkan secara rasmi pada 8 November lalu di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.
Sehingga kini, muzik video itu sudah melebihi 50,000 tontonan.
Anda boleh lihat video muzik berkenaan di bawah.
Must-Watch Video