,
Hiburan

Akur Dengan 3 Tuntutan Ibu Kandung Musa, Noh Salleh Mohon Maaf Secara Terbuka

Izwan Isa
26/01/2024
10:36 MYT
Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh tampil membuat permohonan maaf dan menuruti tiga tuntutan yang dibuat oleh ibu kandung Musa, Wan Nuraisyah Athirah Wan Amizulkhidi.
Menerusi hantaran di Instagram, Noh berkata, diatidak tahu menahu akan perjanjian yang dibuat oleh pihak ibu kandung Musa dan pihak bekas isterinya, Mizz Nina terhadap larangan untuk memuat naik gambar muka Musa di mana-mana platform media sosial.
“Saya hanya berbuat demikian kerana terlalu rindukan Musa dan ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa Musa bukan berada di bawah jagaan saya pada waktu ini dan telah pun saya serahkan kepada pihak Mizz Nina seperti mana yang telah saya jelaskan sebelum ini.
“Bagi isu manipulasi pula, perkara tersebut adalah tidak benar di mana persetujuan telah pun dicapai dengan pihak ibu kandung di mana beliau telah pun bersetuju untuk memberi penjagaan Musa kepada saya secara sedar dan tanpa paksaan dari mana-mana pihak dan tidak ada mengenakan apa-apa syarat tentang memuat naik gambar muka Musa.
“Akan tetapi saya faham akan kedudukan beliau sebagai ibu kandung Musa di mana beliau mempunyai hak sepenuhnya ke atas perkembangan Musa dan saya hormati keputusan beliau pada waktu ini,” tulis Noh.
Dalam masa sama, Noh menambah, dia sebagai seorang manusia biasa pasti ada membuat kesilapan kerana tidak memikirkan sensitiviti ibu kandung Musa serta terlalu mengikut perasaan rindu sehingga memuat naik gambar anaknya, sama seperti ibu bapa lain.
“Saya juga ingin tekankan bahawa saya masih tetap dengan pendirian saya sebelum ini di mana, apa yang penting bagi saya ialah kesihatan mental dan fizikal Musa.
“Oleh itu, saya, Mohammad Noh bin Salleh ingin memohon maaf secara terbuka kepada ibu kandung Musa, Wan Nuraisyah Athirah binti Wan Amizulkhidi dan akan turuti tuntutan beliau untuk tidak memuat naik gambar muka Musa lagi dan akan memadam gambar-gambar yang mengandungi muka Musa di laman sosial saya.
“Saya juga berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik kerana saya sudah pun mendapat perintah untuk hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam pada 5 Februari ini bagi proses Sulh dan 6 Februari untuk perbicaraan.
“Saya berharap dengan penjelasan yang telah pun saya buat ini dapat menjernihkan keadaan dan saya berdoa agar perkara ini dapat diselesaikan,” katanya.
Terdahulu, Athirah menerusi laporan media menuntut supaya Noh Tarik balik kenyataan yang dibuat di sebuah program hiburan, buat permohonan maaf secara terbuka dan padam gambar Musa iaitu anak angkat kepada aktivis kemanusiaan Mizz Nina, daripada media sosial dalam tempoh 24 jam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

8 Artis Popular Malaysia & Indonesia Kongsi Pentas Untuk Nyalafest 2024! - "Persembahan Noh Salleh x Restoe Iboe Akan Beri Kejutan"

gempak
13/11/2024
07:04 MYT
Bukan sekadar konsert, festival muzik, Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.
Hiburan

Noh Salleh Dedah Bayi Meninggal Dunia Dalam Kandungan Isteri 7 Bulan Lepas - "Kami Namakan Anak Kami Julian"

gempak
22/09/2024
10:55 MYT
Penyanyi Noh Salleh berkongsi berita duka apabila cahaya matanya bersama isteri, Fatin Athirah Mustapa meninggal dunia tujuh bulan lalu.
Hiburan

Kapsyen Isteri Noh Bikin Suspens, Netizen Mula Ucap Tahniah!

gempak
13/04/2024
04:57 MYT
"Aidil-fit-three," demikian kapsyen yang ditulis isteri kepada penyanyi Noh Salleh, Athira Mustapa di Instagram yang sekali gus mencetuskan rasa suspens dalam kalangan warganet.
Berita

Tepis Dakwaan Netizen, Ibu Kandung Musa Nafi Terima Bayaran Daripada Mizz Nina - “Tidak, Saya Tidak Dibayar”

gempak
07/02/2024
07:55 MYT
Ibu kandung Musa, Athira menepis dakwaan netizen yang mengatakan dia dibayar oleh Mizz Nina
Berita

Ibu Kandung Musa Kecewa Dengan Kenyataan Putar Belit Noh Salleh - “Semua Dia Kata Tak Benar”

gempak
07/02/2024
06:42 MYT
Ibu kandung Musa, Athira menafikan sekali lagi segala kenyataan dikeluarkan penyanyi Noh Salleh di mahkamah, semalam
Unitar