Berita sedih itu dberitahu sendiri oleh Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor menerusi akaun Instagramnya hari ini.
"Baba saya baru sahaja meninggal dunia. Tolong sedekahkan Al-Fatihah buat Baba saya," tulisnya.
Difahamkan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan takziah dan berharap Wak Doyok tabah dengan pemergian bapa tercinta.