“Al-Fatihah…”- Bapa Wak Doyok Meninggal Dunia

Mya Amri
Oktober 25, 2018 04:51 MYT
Bapa kepada usahawan dan ikon fesyen, Wak Doyok, Mohd Nor Abdul Hamid disahkan meningga dunia pada Khamis.
Berita sedih itu dberitahu sendiri oleh Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor menerusi akaun Instagramnya hari ini.
"Baba saya baru sahaja meninggal dunia. Tolong sedekahkan Al-Fatihah buat Baba saya," tulisnya.
Difahamkan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan takziah dan berharap Wak Doyok tabah dengan pemergian bapa tercinta.
#Wak Doyok #Ikon Fesyen