Al Fatihah: Ibunda Bekas PM Najib Razak, Tun Rahah Pulang Ke Rahmatullah

Syafiqah Jalal
Disember 18, 2020 09:49 MYT
Ibunda kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Rahah Mohamed Noah dilaporkan telah meninggal dunia.
Balu kepada perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah, dilaporkan baru sahaja meninggal dunia sekitar jam 4.30 petang, pada Jumaat (18 Disember) di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara.
Khabar duka pemergian Tun Rahah, yang berusia 83 tahun itu antara lain disahkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya:

Innalillahiwainnailaihiraajiun...DGN PENUH RASA SEDIH,TUN HJH RAHAH MOHD NOAH telah kembali ke Rahmatullah sekejap tadi..SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEKUATAN DAN KESABARAN KPD SELURUH KELUARGA ...DAN SEMOGA ALLAH SWT MENCUCURI RAHMAT ATAS ROH ALLAHYARHAMAH...ALFATIHAH.. pic.twitter.com/cnK2cIEXFp

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) December 18, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain Najib, Tun Hajah Rahah mempunyai empat lagi anak termasuk bekas Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Mohamed Nazir Razak.
Terdahulu, Tun Hajah Rahah yang dimaklumkan berada dalam keadaan tidak sihat di hospital menerima kunjungan beberapa pemimpin negara.
Dalam perkongsian di Facebook, Najib merafak sembah dan menjunjung kasih atas kunjungan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Kredit Foto: Facebook Najib Razak
#Meninggal Dunia #Najib Razak #Tun Rahah