Hanya selepas sebulan mengejutkan dunia hiburan dengan berita bakal menjadi ayah, kini bintang legenda Al Pacino telah menimang cahayamata.

Pasangan Al Pacino, Noor Alfallah dilaporkan selamat melahirkan anak lelaki mereka baru-baru ini.

Dengan kelahiran anak tersebut, Al Pacino rasmi menjadi bapa pada usia emas iaitu 83 tahun. Alfallah pula baru berusia 29 tahun.

DailyMail juga mendedahkan pasangan tersebut telah memberikan nama kepada anak mereka.

“Kami mengesahkan Al Pacino dan pasangan, Noor Alfallah selamat menimang cahayamata lelaki bernama Roman Pacino,” tulis kenyataan tersebut.

Roman merupakan anak keempat buat Al Pacino manakala pertama untuk Alfallah.

Meski terdapat spekulasi mendakwa mereka sebenarnya tidak mahukan anak namun pihak Al Pacino menafikan dakwaan tersebut.

“Mereka telah lama menanti untuk menjadi ibu bapa. Al Pacino sangat gembira saat mendapatkan berita Al Fallah hamil. Dia sangat mencintai wanita itu,” kata satu sumber.