Bahang Piala Dunia Qatar 2022 semakin terasa! Pastinya ramai peminat sukan ini sudah bersiap siaga untuk membanjiri kejohanan hebat yang bakal bermula pada 20 November hingga 18 Disember nanti.

Namun, tumpuan turut difokuskan kepada bola sepak rasmi tahun ini yang masih mendapat sentuhan jenama terkenal dunia Adidas yang diberi nama Al-Rihla.

Al-Rihla dalam bahasa Arab membawa maksud perjalanan. Ia diinspirasikan daripada budaya, seni bina, bot ikonik dan bendera Qatar sendiri.

Warnanya pula sangat bold dan terang! Melambangkan kepantasan, keberanian dan semangat juang antara pemain yang tak pernah luntur.



Jom Gempak kongsikan fakta-fakta menarik lagi tentang bola sepak rasmi FIFA World Cup 2022, Al-Rihla!

#1 Dihasilkan di kota Sialkot, Pakistan.
Biarpun pasukan bola sepak Pakistan berada di kedudukan ke-200 antara 211 pasukan dalam ranking dunia FIFA, penduduknya yang terdiri dari 200 juta orang masih merasakan jiwa mereka menjadi sebahagian daripada kejohanan ini.

#2 Bola paling lestari
Al-Rihla adalah bola perlawanan rasmi Piala Dunia pertama yang diperbuat secara eksklusif menggunakan dakwat dan gam berasaskan air.

#3 Rekaan Adidas
Sebagai produk pertama yang membawa logo prestasi Adidas terbaharu, ia direka bentuk bagi menyokong tahap kelajuan permainan, berupaya meluncur lebih laju ketika di udara berbanding mana-mana bola dalam sejarah kejohanan itu.



#4 Lambang 10 negara
Al-Rihla juga menjadi simbolik kepada 10 bandar di dunia yang menjadi inisiatif Adidas untuk mewujudkan akses dan ekuiti dalam sukan antara komuniti lokal. Bandar yang dimaksudkan antaranya Dubai, Shanghai, Tokyo, Mexico City, New York dan beberapa bandar lain.

#5 Harga Al-Rihla
Harga sebiji bola sepak Al-Rihla menurut laman web rasmi Adidas bernilai AS$165 (RM765).

Sempena Piala Dunia 2022, Adidas mengalu-alukan para atlet dan peminat bola sepak untuk menerokai evolusi kejohanan itu di Jerayawara Bola Perlawanan Rasmi adidas bermula dari 10 hingga 20 November 2022 di Orange Concourse, Sunway Pyramid.

Apa yang best roadshow Adidas?

Dalam jerayawara ini, pengunjung akan berpeluang menyaksikan sendiri sejarah bola sepak ciptaan Adidas menerusi Arkib Bola Perlawanan, yang mempamerkan detik-detik kegemilangan lampau dari tahun 1970 hingga 2018.



Sebagai menghormati dan mengiktiraf budaya yang ditonjolkan dalam sejarah bola sepak negara masing-masing, para peminat sukan ini boleh membeli kit daripada pelbagai persekutuan di sepanjang jerayawara (Jerman, Argentina, Sepanyol, Jepun, Mexico, Colombia dan Sweden).

Dihasilkan menggunakan 100% poliester dengan teknologi HEAT.DRY yang dipertingkatkan, koleksi jersi ini bukan sahaja lebih lestari, tetapi juga merupakan jersi berprestasi terbaik pernah dimiliki oleh jenama berkenaan.



Sesi mencuba kasut atau shoe trialling juga akan diadakan termasuk dengan stesen permainan berteraskan bola sepak.

Selain daripada itu, pengunjung yang bertuah juga berpeluang untuk mencipta detik istimewa sekali dalam seumur hidup dengan menyertai sesi ramah mesra eksklusif bersama-sama pemain bola sepak Malaysia dan pencipta adidas pada hari tertentu acara itu.

Jerayawara Bola Perlawanan Rasmi adidas turut menganjurkan satu pertandingan media sosial di tapak acara. Para peserta berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah termasuk Kod FIFA23 Ultimate Edition dan juga bola perlawanan rasmi Al-Rihla yang ditandatangani oleh David Beckham.

Jerayawara Bola Perlawanan Rasmi adidas ini dianjurkan dengan kerjasama Pakar Bola Sepak #1 Malaysia; Al-Ikhsan Sports.



Berikut merupakan tarikh dan lokasi jerayawara Adidas:

24-27 November 2022: KTCC Mall, Terengganu
30 November - 4 Disember: Sunway Carnival Mall, Penang
7-11 Disember 2022: Mid Valley Southkey, Johor
15-18 Disember 2022: Mahkota Parade, Melaka