"Ala Kaklong Dah Takde Geng Janda Lagi Dah" - Amelina
Kamaruddin Razal
25/03/2019 23:29 MYT
25/03/2019 23:29 MYT
Penyanyi dangdut Amelina meluahkan rasa sedih apabila rakannya, aktres Fasha Sandha bakal menamatkan status ibu tunggalnya tidak lama lagi.
Amelina dan Fasha menjalin hubungan yang baik dan berada di bawah syarikat pengurusan yang sama, MindOrder.
Amelina meluahkan isi hatinya secara berseloroh menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.
"Kesayangan Kaklong jangan lupa tau terus menonton lirik video single #JandaAnak6 di YouTube! Kaklong tengah sedih ni sebab adik Kaklong sorang ni dah nak kahwin. Alaaaaaa Kaklong dah takde geng janda lagi dah..
"Congrats sayangku @fashasandha sebab akhirnya dipertemukan dengan lelaki yang baik. Kaklong juga mereput menanti prince charming tak sampai-sampai," seloroh Amelina.
Menerusi entri terbabit, Amelina memuat naik video dirinya bersama Fasha menyanyikan single terbarunya yang berjudul Janda Anak Enam.
Difahamkan, Fasha bakal bernikah dengan kekasih hatinya, pelakon Aidil Aziz pada peghujung bulan ini.
Mereka bakal bernikah di kampung halaman Fasha yang terletak di Perlis Indera Kayangan.
Majlis resepsi di belah keluarga pengantin lelaki pula akan diadakan di kampung halaman Aidil yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan pada April ini.
Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha. Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.