“Alahai Apa Cute Sangat Ni” - Amboi Aafiyah, Seronok Punggah Baju Last-Last Kena Marah!

Hanafis Haris
April 29, 2020 08:04 MYT

Gara-gara memunggah pakaian ayahnya, anak penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Khalid terpaksa menerima hukuman apabila dimarahi ibunya.

Video gelagat Aafiyah itu dikongi Siti Nurhaliza menerusi Instagram Story malam tadi.

Menerusi video berkenaan, Aafiyah pada awalnya cuba untuk mengemas kembali timbunan baju yang telah dipunggahnya.

Namun, usaha berkenaan nampak gayanya tidak berjaya, sekali gus dimarahi oleh Siti.

Mungkin takut selepas imarahi oleh ibunya, Aafiyah kemudian dilihat mula menangis.

Anda boleh lihat video penuh berkenaan di bawah.

ayoo kena marah .... comel aafiyah pic.twitter.com/1eWh2Wekue

— chapik? (@syafiq_hairiey) April 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sementara itu di Twitter, rata-rata netizen terhibur dengan telatah anak penyanyi nombor satu negara itu.

Biarpun menangis, namun gelagatnya dikatakan sangat comel.

#Viral #Siti Nurhaliza #Viral #Aafiyah