Hiburan
“Alahai Bunga Mama Ni Cik B…” – Walaupun Anak Beri Hadiah ‘Dikutip’ Dalam Rumah Sendiri, Datuk Seri Vida Tetap Hargai
Reaksi spontan Datuk Seri Vida (DSV) ketika menerima hadiah pemberian anak kesayangannya Cik B sempena hari ibu menyentuh hati warganet.
Cik B menerusi sebuah video di Instagram (IG)nya telah berkongsi persiapannya menyediakan hadiah buat ibu kesayangan.
Walaupun bercadang untuk membuat kek kepada DSV, namun kerana tidak pandai Cik B menukar cadangan dengan memberikan bunga buat ibunya yang dipanggil mama.
Tidak boleh keluar rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukanlah penghalang kepada Cik B untuk tidak menyediakan ‘hadiah’ buat mama.
Gelagat Cik B ‘mengutip’ dan ‘mengumpul’ semula bunga di dalam rumahnya mencuit hati warganet yang menonton.
Namun apa yang lebih menarik perhatian warganet ialah, reaksi spontan DSV selepas menerima hadiah yang diberi Cik B.
“Eh..bunga mama ni Cik B…Alahai Cik B, terima kasih sayang mama..”, katanya sambil mengucup Cik B.
Rata-rata memuji cara DSV menghargai pemberian anaknya, walaupun dia tahu bunga-bunga tersebut adalah miliknya.
“Tengok, dia siap letak bunga tu dalam pasu dalam bilik dia…Cik B pun happy! Bagusnya DSV…”,” tulis seorang pengikut di IG.
Dalam pada itu, DSV turut memuat naik video sama di laman sosial Instagramnya dan memuji Cik B kerana bersungguh-sungguh memberikan hadiah.
“So Sweet Cik B buat kejutan. Walaupun bunga sendiri…Mama bangga dengan effort Cik B. Kau bungaku Cik B.
“Semoga Cik B cepat jadi gadis dan tak brutal lagi,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Must-Watch Video