Alahai Comel Sungguh Syeriv Samheizy, Pemata Hati Shaheizy Sam & Syatilla Melvin...

Rozaimi Zubaidi
Ogos 9, 2017 04:39 MYT
Kecomelan Syeriv Samheizy anak kepada pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin ketika sesi fotografi mendapat pujian netizen.
Menerusi akaun instagram (IG), pasangan ini telah berkongsi gambar Syeriv yang menggayakan beberapa pakaian dengan prop yang menarik.
"Prop semua untuk new born baby, ini la jadinya bila baby tua baru nak photoshoot. Habis tekeluar kaki daripada prop. Awesome gila," tulisnya.
Pada ruangan komen, pengikut IG berkongsi rasa geram melihat aksi comel Syeriv.
@luv_adeebainul_: "Sheriv debab omey, Hahaha.. Baby tua dikatanya."
@ndraaiyad: "Hahahahaha so cute! Semoga Sheriv membesar jadi anak yang berguna kepada ibu dan ayah".
@iffah_nabilah17: "Eii comelnya ceyip, sudah jadi lebah pula cilik omeyy sangat".
@dyla_fyla: "Kenape comel sangat nie honey. comey sungguh la budak ni. Terus jadi suka warna kuning pula".
Sam dan Syatilla menyambut kehadiran permata hati sulung mereka pada 9 Mei lalu.
Akaun Instagram anak mereka dengan nama @syerivsamheizy kini mengumpul lebih 114,000 pengikut.
Jom tengok foto-foto comel Syeriv yang dikongsikan:
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Sumber Foto : Camoraarts.official
#Shaheizy Sam #Syatilla Melvin