Alahai...Comelnya Gelagat Saharul Dan Deena Ketika 'Maternity Shoot'

Mya Amri
Jun 5, 2017 07:08 MYT
Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan, Deena Emir berkongsi foto-foto comel ketika melakukan Maternity Shoot bulan lalu.
Dengan menggunakan hashtag #SyurgamuDihatiku, foto-foto tersebut merakamkan momen-momen indah dan gelagat comel Deena bersama suaminya.
Foto-foto itu dikongsi oleh Deena menerusi akaun Instagram (IG) nya beberapa hari yang lalu.
Menariknya, pengikut IG Deena cukup tertarik dengan reaksi wajah bersahaja pasangan suami isteri itu sehingga ada yang mengusik dan mencipta dialong sendiri di ruangan komen foto-foto tersebut.
Difahamkan Deena kini sedang hamil lapan bulan.
Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik pasangan berkenaan:
Teks oleh: Mya Amri
#Saharul Ridzwan #Deena Emir #Maternity Shoot