Aktres jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta berkongsi sepotong video anaknya, Aaisyah Dhia Rana membaca niat ibadah puasa.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Dalam video tersebut, Aaisyah membaca niat puasa dan mengatakan dia mahu berpuasa serta bangun untuk sahur apabila ditanya oleh Che Ta.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat kecomelan Aaisyah.

"Comelnya Ecah.

"Alahai Comelnya.

"Selamat berpuasa Ecah," tulis netizen.

Uolsss dah niat posa belum? #aaisyahdhiarana #ramadhan2019 #4yrsold . . @do_buy_abaya ??

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on


Che Ta telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Zain Saidin pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia empat tahun.

Che Ta turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan pertamanya.