Puteri bongsu Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan permaisuri, Tunku Azizah Aminah Maimunah, Tengku Puteri Jihan mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi fotonya semasa kecil.

Di laman sosial Twitter, Tengku Jihan menerusi akaun rasmi @jihanabdullah27 memuat naik foto tersebut bagi membalas kicauan adik Isabella yang tular dengan lagu Mengantuknya Mumia.“Jangan begitu Isabella,” tulis Tengku Jihan apabila membalas video adik Isabella yang sedang marah.

Hasil tinjuan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya teruja melihat wajah comel Tengku Jihan yang turut dikatakan mirip adik Isabella.

Malah, ada wargamaya yang turut menggelarkan Tengku Jihan sebagai kembar adik Isabella.

Minggu lalu, adik Isabella mula tular dan ramai wargamaya menyamakan wajah comel tersebut sama seperti puteri bongsu Agong..

Baca: Comel Menari Lagu Mengantuknya Mumia, Netizan Dakwa Wajahnya Mirip Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah!

Kali ini wargamaya bertambah yakin wajah mereka sama apabila Tengku Jihan sporting berkongsi wajahnya semasa kanak-kanak.



Tengku Jihan yang lahir pada 27 April 2002 sering aktif di Twitter untuk berinteraksi dan membalas kicauan pengikutnya.

Foto comel tersebut sehingga kini telah menerima hampir 3,000 ulang kicau dan 7,000 tanda suka walaupun baru dimuat naik dua jam lalu.