"Alahai Comelnya, Sweet Sangat Ni!" - Gelagat Wani Kayrie & Afieq Shazwan Dipuji Netizen

Asraf Aided
Januari 25, 2019 04:27 MYT
Penyanyi dan bintang program Big Stage, Wani Kayrie berkongsi beberapa foto bersama Afieq Shazwan.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Jadi tak betul setiap kali jumpa budak ni (Afieq)," tulis Wani sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kemesraan mereka dan mengatakan Wani dan Afieq kelihatan 'sweet' bersama.
"Alahai comelnya, sweet sangat ni!
"Semoga ada jodoh.
"Love birds!" komen netizen.
September tahun lalu, Wani dan Afieq merupakan finalis program Big Stage dimana Wani mendapat tempat keempat dan Afieq telah menduduki tempat ketiga.
#Wani Kayrie #Afieq Shazwan