"Alahai Comelnya" - Ummi Nazeera Kongsi Video Anak Cukur Jambul

Asraf Aided
September 26, 2018 14:08 MYT
Menerusi entri di Instagram, pelakon popular Ummi Nazeera telah memuat naik video majlis cukur jambul bayi perempuannya, Ayra Aneesah.
"Alhamdulillah, selesai sudah majlis cukur jambul untuk Ayra Aneesah," tulisnya.
Pada masa yang sama, Ummi turut mengucapkan terima kasih kepada doktor dan saudara terdekat yang terlibat.
Di ruangan komen, netizen dan pengikut aktres itu sempat memuji kecomelan bayi sulung Ummi.
Pada 31 Ogos lalu, Ummi telah berkongsi gambar pertama Ayra di Instagram.
Perkara itu telah menarik perhatian ramai pengikutnya untuk mengucapkan tahniah di ruangan komen termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Lisa Surihani.
#Ummi Nazeera