"Alahai Gucci Tu Nak..."- Ditegur Selipar Sebelah Hilang, Anak Shuib Selamba Jawab Terjatuh
Syafiqah Jalal
13/05/2023 08:34 MYT
13/05/2023 08:34 MYT
Selipar anak kepada pelawak, Shuib, Uwais Alqarni, 11, yang hilang ketika bermain lumpur menjadi perhatian netizen apabila ia berjenama mahal iaitu Gucci.
Menerusi satu video yang dikongsikan nenek tirinya yang dikenali sebagai Makder di Instagram itu Uwais hanya memakai sebelah seliapar yang tertera jenama Gucci tetapi seliputi lumpur selepas bermain di sawah padi.
"Dah pesan awal-awal dah jangan main lumpur, nanti seluar tu kotor. Oh dia nak juga main. Sampai hilang sebelah selipar tu. ( emak odey kene ke sana untuk cari , moga jumpa )," tulisnya dalam kapsyen IG.
Dalam video berkenaan Uwais yang ditegur kerana bermain sehingga sebelah seliparnya hilang bertenang menjawab ia sudah terjatuh.
"Dah terjatuh ke dalam tu..." alasannya.
Rata-rata netizen mengambil berat atas kehilangan seliparnya kerana memikirkan harga selipar jenama yang dipakai.
"Uwais selipar tu bukan seringgit dua," tegur seorang warga maya.
"Haha senang jawapan dia terjatuh...Alahai Gucci tu nak," kata seorang netizen.
"Habis la Uwais nanti Atuk marah," usik seorang pengikut laman sosial.
Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.