"Alahai...Kenapa Comel Sangat Ni"- Panama Dance Sari Yanti Dipuji

Syafiqah Jalal
Februari 27, 2018 05:05 MYT
Tarian cabaran Panama pelakon Sari Yanti yang kini sedang hamil dipuji peminat.
Sari Yanti menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik video dia melakukan tarian tersebut dalam keadaan duduk di atas kerusi.
Menurut Sari Yanti pada awalnya dia hanya diminta oleh seorang jurufoto untuk melakukan beberapa gerakan tanpa mendengar muzik atau lagu Panama.
Pelakon yang kini manis bertudung itu memberitahu dia hanya menurut kata juru foto tersebut selepas selesai sebuah sesi fotografi.
Selepas menerima video tersebut Sari akui dia baru mengetahui bahawa tarian yang dilakukan itu adalah untuk cabaran #PanamaDance yang sudah menjadi tular.
Video tersebut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata memuji gerakan yang dilkukan sangat comel, apatah lagi dia kini sedang berbadan dua.
"Alahai...kenapa comel sangat ni.
"Kakak, comelnya perut.
"Lain pada yang lain...masih nampak ayu," tulis beberapa peminat.
Sari dan Jep Sepahtu berkahwin pada 24 Februari 2017.
#Hamil #Jep Sepahtu #Sari Yanti #Mengandung #Hamil #Panama Dance