Alahaiii Comelnya Mateen, Yana Samsudin & Fadzil Zahari Sambut Ulang Tahun Kelahiran Anak

Rozaimi Zubaidi
Jun 19, 2019 07:15 MYT
Pelakon dan pengacara Yana Samsudin telah berkongsi beberapa keping gambar sambutan ulang tahun kelahiran ketiga anaknya, Aisy Mateen di akaun Instagram (IG) miliknya.
Sambutan ulang tahun tersebut telah diadakan pada hujung minggu lalu di Taman Kota Impian Yong Peng, Johor bersama dengan sambutan rumah terbuka Yana sempena hari raya Aidilfitri.
Majlis tersebut turut di hadiri oleh rakan-rakan selebriti dan ahli keluarga terdekat Yana serta suami.
Pelbagai acara diadakan pada majlis tersebut dan Yana turut tidak melepaskan peluang untuk memberi duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.
Menerusi ruangan komen, para peminat juga mendoakan agar kebahagian yang dimilik oleh keluarga Yana ini akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Ada juga melahirkan rasa syukur apabila melihat Mateen kembali sihat selepas dimasukkan ke Hospital Batu Pahat baru-baru ini.
Yana mendirikan rumah tangga dengan Fadzil pada 13 April 2015 dan mereka menerima kehadiran Mateen pada 21 Julai 2016.
Berikut merupakan foto-foto sekitar majlis itu diadakan:
#Yana Samsudin #Pengacara