,
Laman Utama

Alahan Buat Tom Berhenti Merokok - "Dari Umur 16 Tahun Hisap, Lepas Ni Insya-Allah Tak Nak Sentuh Rokok Lagi"

Amri Hassan
08/07/2023
07:53 MYT
Bintang Gegar Vaganza 9 (GV9), Tom mendedahkan dirinya yang kini sedang berbadan dua berdepan alahan teruk.
Selain mengidam memakan buah-buahan masam, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, tidak boleh menghidup bau asap rokok.
"Walaupun alahan kali ini sangat-sangat teruk, tapi Tom happy. Dengan alahan ini Tom dapat berhenti rokok.
"Rokok Tom hisap dari umur 16 tahun, finally dah seminggu dah Tom tak sentuh rokok langsung sebab tak boleh bau asal rokok.
"Lepas ni insya-Allah tak nak sentuh rokok lagi. Kalau boleh forever," jelasnya.
Malah, Tom juga mendedahkan dia kerap pening dan mengalami muntah-muntah hingga terpaksa berbaring dalam tempoh lama.
"Dah start dah, tak boleh tengok apa-apa. Tengok sekeliling pun nak muntah. Bau asap rokok pun tak boleh, nak muntah.
"Alahai, dari dulu memang akan rasa paling azab sekali first trimester. 9 Tahun dah tak pregnant, tak boleh tahanlah muntah-muntah pening. Macam mana kalau mabuk macam ni," tulisnya terdahulu.
Terdahulu, Tom yang mendirikan rumah tangga bersama bintang GV9 yang juga bekas kekasihnya dahulu, Fuad Rahman, mengumumkan sedang berbadan dua ketika hadir mengadakan persembahan di Singapura.
BACA: "Kata Nak Rahsia..." - Fuad Rahman 'Kantoikan' Tom Kini Hamil Sebulan
Untuk rekod, Tom dan Fuad mendirikan rumah tangga pada 26 Februari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ikut Petua Orang, Janna Nick Pernah Minta Nabila Razali Pijak Ibu Jari Kaki - "Saya Terdesak Nak Baby"

gempak
06/11/2024
18:55 MYT
Penyanyi, Nabila Razali memberikan kata-kata semangat buat aktres, Janna Nick yang meluahkan rasa kecewa selepas menerima komen jahat netizen yang menuduh suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan.
Hiburan

Tengah Syok Basuh Pinggan, Ryzal Ibrahim Terkejut Dapat Tahu Maryam Hamil Baby Kedua! Comel Bila Anak Siap Tunjuk Bukti

gempak
02/11/2024
11:55 MYT
Personaliti media sosial, Maryam Younarae melahirkan rasa syukur apabila dia kini hamil anak kedua.
Hiburan

Usia Sudah 44 Tahun, Model Gisele Bundchen Hamil Lagi Selepas Sedekad

gempak
29/10/2024
13:55 MYT
Model terkenal Gisele Bundchen dilaporkan hamil anak pasangannya, Joaqium Valente pada usia 44 tahun.
Hiburan

Menang Kes Mahkamah, Shakila Saiful Bawa Diri - "Saya Berhijrah Ke Tempat Lain Untuk Pulihkan Hati, Jiwa & Minda"

gempak
29/10/2024
03:35 MYT
Pelakon dan model Shakila Saiful memaklumkan dia perlu berhijrah keluar dari Malaysia buat sementara waktu bagi memulihkan dirinya.
Hiburan

Dijangka Bersalin Januari Depan, Nabila Razali Tak Alami Alahan Teruk - "Cuma Saya Ada Mengidam Nak Makan..."

gempak
28/10/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali meluahkan rasa syukur kerana segala urusan sepanjang kehamilan zuriat pertamanya dipermudahkan.
Unitar