Alamak, Aleena Nak Papa 'Dress Up' Macam Dia. Agaknya Apa Yang Harris Baba Buat?

Badrul Hashim
Januari 29, 2019 09:05 MYT
Walaupun agak lama tidak mendengar cerita terbaru tentang Harris Baba, tetapi penyanyi dan pelakon ini sedang bahagia bersama dua cahaya mata.
Harris yang berkahwin dengan wanita dari Sabah, Nik Zahiha Nawawi dikurniakan dua cahaya mata, puteri sulungnya Aleena dan tahun lalu, seorang putera yang diberi nama Muhammad Umar.
Terbukti Harris sememangnya bapa yang penyayang. Apatah lagi dengan puteri sulungnya.
"Since Aleena wanted Papa to dress up like her, this is the best I could do. Good thing she didn't make me wear a skirt, but Mummy's top pon boleh lah," tulis Harris di Instagramnya melayan karenah anaknya.
Pada satu entri lagi, Harris berharap Aleena tidak membesar terlalu pantas.
"Please don't grow up so fast. Two more weeks and you'll be 2 years old. How fast time flies.
Dalam satu temubual dengan Gempak sebelum ini, Harris pernah memberitahu dia berulang alik dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu kerana isteri dan keluarganya berada di sana.
#Harris Baba #Anak