Belum reda dengan isu kandungan iklan pada aplikasi WhatsApp, kini satu lagi platform sosial media popular dikatakan bakal mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Menerusi laporan Harian Metro, Facebook didakwa bakal mengenakan cukai SST sebanyak enam peratus bermula tahun depan.

Tambah malang, cukai tersebut turut membabitkan pengiklan yang mempunyai alamat di negara ini.

Difahamkan perlaksanaan caj cukai itu akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2020 ini dan ia sejajar dengan pengenalan cukai digital yang diumumkan baru-baru ini.

Bagaimana cukai Facebook dikenakan?

Cukai perkhidmatan ini akan ditambah setiap kali iklan dimuat naik, tidak kiralah tujuan perniagaan atau peribadi.

Contohnya, jika jumlah iklan pengguna tersebut adalah USD100, maka ia kemudian akan ditambahn enam peratus cukai perkhidmatan menjadi USD106.

Pembayaran cukai pula boleh dibuat melalui kaedah manual dan cukai hanya akan dikenakan apabila akaun iklan sudah berjaya.

Bagi anda yang sering membuat iklan di Facebook, maka bersiap sedialah dengan bayaran tambahan ini!

Sumber: Harian Metro