Alamak! Datuk Red Wish Birthday Adira, Tapi Tersilap Nama Bapa Mertua!

Syafiqah Jalal
September 20, 2018 06:13 MYT
Penyanyi Adira Suhaimi mendedahkan ucapan hari lahir dari suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red yang dianggap lucu.
Ucapan hari lahir yang diterimanya menerusi kiriman mesej di aplikasi WhatsApp itu dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya.
Adira memberitahu ucapan sempena hari lahir daripada suaminya pada tahun ini adalah yang paling menarik walaupun Datuk Red silap menyebut nama bapanya.
"Thank you sayang!! @dato.red walaupun Adira Sulaiman!!!! Ucapan paling win tahun ini... love you too!!" tulis Adira.
Adira berkata, suaminya seorang yang suka bergurau.
"Suami saya ini suka bergurau. Jangan serious sangat sayang sayang... By the way thank you atas ucapan birthday," kata Adira.
Sementara itu, terdapat netizen yang cuba berjenaka Datuk Red tidak patut silap nama bapa mertua kerana dia baru beristeri dua.
#Penyanyi #Penyanyi #Adira Suhaimi