The House yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra bersama lima cahaya mata serta seorang rakan rapatnya, Magie Abang Saufi akan memasuki episod kelapan malam ini.

Program realiti yang semakin mendapat sambutan ini pastinya memaparkan lebih perkara menarik dan tidak diduga.

Dalam episod minggu ini, anda akan menyaksikan kemunculan istimewa aktres jelita, Datin Seri Maria Farida bersama seorang lagi rakan rapat Ezurin, Danielle Graham.

Ezurin akan bertemu mereka untuk sesi girls night out di kota, kemudian Magie datang secara senyap untuk memberi kejutan kepada Ezurin dan menyertai mereka berbual bersama.

Namun, situasi tegang akan berlaku kerana Magie sudah 'pecah lubang' mengenai rahsia Ezurin yang keluar dating baru-baru ini.

Ezurin tidak selesa Magie berbuat demikian dan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap rakan rapatnya itu.

Apakah yang akan dilakukan oleh Magie selepas dimarahi Ezurin? Bagaimana mereka menyelesaikan pertelingkahan tersebut?

Semuanya bakal terjawab malam ini!

Lima cahaya mata Ezurin yang ditampilkan dalam program ini adalah Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra.

The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.

Kepada yang terlepas menyaksikannya, jangan risau kerana anda boleh menyaksikan ulangan menerusi On Demand atau tonton sahaja pada bila-bila masa di aplikasi Astro Go.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.