Pada yang telah menonon filem 'blockbuster' Avengers : End Game, pastinya mengetahui bahawa teknologi Quantum Realm dihasilkan pada filem Ant-Man merupakan elemen penting untuk menewaskan Thanos.

Walaupun Ant-Man dilihat sebagai watak besar dalam pasukan Avengers, namun terdapat ura-ura mengatakan filem ketiganya tidak lagi diteruskan.

Keputusan ini pastinya memberi tamparan hebat buat peminat Marvel, apatah lagi dengan kontroversi melanda watak Spiderman baru-baru ini.

Jadi apa yang berlaku pada watak Ant-Man?

Untuk pengetahuan anda, pihak Marvel Studios dikatakan telah membuat perancangan untuk menukarkan skala filem Ant-Man kepada siri khas di platform strim Disney Plus.

Jika anda fikir skala Ant-Man telah dikecilkan oleh Marvel, anda sebenarnya silap. Ini kerana siri berkenaan bakal menerima sejumlah bajet yang lebih besar.

Difahamkan, siri Ant-Man ini akan dihasilkan sebanyak enam episod dan merangkumi enam jam tayangan kesemuanya.

Secara teorinya, penonton akan menyaksikan tayangan yang lebih panjang daripada skala filem.

Apapun sama-sama kita tunggu apa kenyataan rasmi Marvel.


Sumber: Wegotthiscovered