Hiburan
Alamak! Hazama Disaman Polis Thailand Kerana....
Penyanyi Hazama mendedahkan dirinya telah disaman oleh polis Thailand semasa bercuti bersama isterinya, Genervie Kam pada minggu lalu.
Menurut Hazama, ia bukanlah disebabkan kes jenayah tetapi hanya disebabkan salah meletakkan kenderaan.
"Saya baru kena saman semasa bercuti di Thailand. Saya tidak melakukan jenayah tetapi secara tidak sengaja saya salah meletakkan kenderaan di kawasan larangan.
"Saya tidak tahu kerana tulisan mereka tidak difahami... Saya terpaksa ke balai polis untuk menyelesaikan saman tersebut.
"Saya disaman dalam 500 baht, kalau duit Malaysia dalam RM 66.54 sahaja... Saya tidak merasakan ini adalah isu besar kerana saya pasti terdapat rakyat Malaysia yang lain pernah mengalami sama seperti saya," katanya kepada Gempak.
Hazama ditemui ketika taklimat media Mentor Milenia di Bandar Utama, petang tadi.
Penyanyi lagu Relakan Jiwa ini bertindak sebagai mentor untuk musim terbaru program itu bersama Akim Ahmad, Black Hanifah, Stacy Anam dan Ernie Zakri.
Tambah pemilik nama Hazama Ahmad Azmi, sebelum ini namanya disenarai hitam dan tidak dibenarkan untuk keluar ke luar negara.
"Selepas dua tahun berkahwin, saya belum sempat pergi berbulan madu... Sebelum ini nama saya disenarai hitam serta tidak dibenarkan untuk ke luar negara.
"Alhamdulillah, saya sudah membayar cukai, jadi saya mengambil kesempatan bercuti berdua dengan isteri tanpa sebarang gangguan," katanya lagi.
Must-Watch Video