Trend suntingan gambar menggunakan aplikasi FaceApp bukan lagi situasi baru, sebaliknya ia telah berlaku sejak 2017 lagi.

Namun, ketika itu trend mengubah jantina seseorang lebih diminati ramai.

Kini, muncul pula fenomena baru apabila gambar selebriti diubah untuk menjadi lebih gempal dan berisi.

Antara yang manjadi ‘mangsa’ termasuklah pelawak dan pelakon Zizan Razak, Fattah Amin, Kamal Adli, Bront Palare dan ramai lagi.

Malah, gambar pelakon PASKAL The Movie iaitu Hairul Azreen dan Ammar Alfian juga antara yang menarik perhatian.

Gambar mereka menjadi ‘gempal’ itu ternyata mencuit hati netizen memandangkan kedua-dua pelakon itu antara yang mempunyai fizikal yang hebat.

“Alamak ini anggota Hameed Maju ke ni.”

“Aduh BMI terlebih ni macam mana jadi PASAL.”

“Ini bukan Paskal ini Pasrah,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, FaceApp adalah sebuah aplikasi peranti bergerak untuk iOS dan Android yang dikembangkan oleh perusahaan Rusia Wireless Lab yang memakai teknologi jaringan neural.

Aplikasi tersebut dapat mengubah wajah menjadi tersenyum, lebih muda, tua, mengubah gender dan fizikal seseorang.