Gempak logo
GAYA HIDUP

Alamak! Ini Rupanya Kalau Lelaki Sado Pakai Baju Kelawar

article-author-avatar
Hanafis Haris 27/06/2019 | 12:04 MYT
Alamak! Ini Rupanya Kalau Lelaki Sado Pakai Baju Kelawar
Pernah tak terbayang lelaki berbadan sasa menyarung pakaian tidur wanita atau baju kelawar?
Kini anda boleh melihat situasi terbabit apabila seorang pemuda, Afiq Iskandar menyahut cabaran berkenaan di platform Twitter.
"2,000 retweet aku pakai baju kelawar mak aku," katanya di Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rentetan daripada itu, posting berkenaan telah diulang kicau enam kali ganda iaitu melebihi 12,000 kali, sekali gus memaksa Afiq mengotakan janjinya.
Afiq kemudian memuat naik beberapa gambar menyaksikan dia menyarung baju kelawar sambil memakai bedak sejuk di mukanya.
"Ha amik kau sekali bedak sejuk dengan anak tudung mak aku letak," katanya.
Gambar berkenaan kemudian telah diulang kicau sebanyak 3,172 kali.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Afiq yang berani memakai baju kelawar serta memakai bedak sejuk.
Ini antara reaksi dan komen mereka.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #Viral #Sado #Baju Kelawar