Minggu lepas, Miss K bertemu seorang teman yang dah lama Miss K tak jumpa.

Sempat jugalah kami duduk bersembang makan tengahari dan minum kopi di waktu petang.

Seperti biasa, teman Miss K ni suka membawang orangnya.

Tiba-tiba, keluar topik mengenai lagu terbaru penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz.

Dia bagi Miss K lagu tu untuk didengar.

Dakwa kawan Miss K, lagu nyanyian terbaru Aisyah berjudul Bukalah Matamu yang menampilkan rapper wanita Bunga itu seakan sama seperti lagu The Calling, karya TheFatRat yang menampilkan Laura Brehm.

Miss K tak mahulah membuat andaian terburu-buru, lebih baik siasat dahulu.

Balik je rumah, Miss K berkali-kali dengar kedua-dua lagu tersebut.




Lagu Bukalah Matamu itu adalah runut bunyi untuk filem Ejen Ali The Movie yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Sementara itu, lagu The Calling sudahpun dilancarkan pada tahun 2016.

Selepas dah ulang lebih 10 kali, telinga Miss K ni memang dengar ada persamaan... Mirip-mirip sangat!

Hmmm... Miss K sendiri bukanlah hebat ataupun arif mengenai muzik macam Tok Ram tapi apa yang Miss K dengar, memang ada persamaan.

Bagi Miss K, tak salah kalau sesetengah lagu itu mengambil 'sampling' atau mengambil inspirasi daripada lagu lain.

Tetapi setahu Miss K, sesuatu lagu itu tidak boleh secara terang-terangan dikatakan lagu tiru atau plagiat.

Menerusi pembacaan Miss K, secara teknikal mengikut undang-undang muzik, meskipun sesebuah lagu kedengaran agak sama dari segi muziknya dengan lagu yang sedia ada, perkara tersebut harus dinilai sebanyak empat tiang muzik atau nada.

Jika persamaan itu kurang daripada empat tiang muzik, lagu itu bukanlah lagu tiru atau plagiat.

Miss K tak mahu cakap lebih, Miss K serahkan perkara ini kepada yang lebih mahir untuk menilai, pakar muzik ke, komposer ke, penerbit ke.

Mungkin persamaan itu satu kebetulan?

Mungkin telinga Miss K ni je yang dengar sama, orang lain tak...

Tapi, bagi pendapat Miss K, lagu Bukalah Matamu tu memang sedap! Ia menonjolkan sisi berbeza Aisyah, ditambah lagi dengan bait-bait lirik yang disampaikan oleh penyanyi rap baru, Bunga.



Apa yang pasti, Miss K tak sabar nak tengok filem Ejen Ali The Movie, Miss K tengok trailernya memang gempak sangat!

Miss K: Baru je Miss K baca luahan hati komposer lagu Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli, Sirkhan Danial yang mendedahkan lagu terbabit menjadi mangsa plagiat band Indonesia.