Hiburan

Alamak! Lelaki Malaysia Pertama Hidap Koronovirus Didakwa Berjumpa 100 Orang Di Kedah &...

gempak
Hanafis Haris
06/02/2020
08:00 MYT
Sponsor Banner
Alamak! Lelaki Malaysia Pertama Hidap Koronovirus Didakwa Berjumpa 100 Orang Di Kedah &...
Sebelum ini kita dikejutkan dengan pendedahan mengatakan seorang lelaki warga Malaysia berusia 41 tahun disahkan menghidap koronavirus.
Pengumuman itu sekali gus menjadikan individu tersebut sebagai rakyat Malaysia pertama menghidup virus tersebut.
BACA: Lelaki 41 Tahun Sah Jadi Rakyat Malaysia Pertama Positif Koronavirus!
Namun, terbaru lelaki itu didakwa mempunyai kontak dengan tidak kurang dari 100 orang sepanjang membuat perjalanan di Malaysia.
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, selepas pulang dari Singapura, pesakit dikatakan telah pergi ke Sungai Petani dan Kelantan.
"Selepas sambut Tahun Baharu Cina bersama keluarganya di Sungai Petani, Kedah.
"Dia kemudian pergi ke Kelantan untuk melawat keluarga sebelah isterinya sebelum kembali ke Sungai Petani untuk menghadiri majlis 'reunion' dengan rakan-rakannya.
"Pada masa sama dia menunjukkan gejala seperti selesema biasa selepas dia mengalami demam dan batuk.
"Lelaki itu diasingkan di Hospital Sungai Buloh pada 2 Februari lalu, selepas dia disahkan positif koronavirus," katanya.
Sumber: World Of Buzz/Sin Chew Daily
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live