Hiburan
Alamak! Naqiu Boboy Dah Mula Letak Harga Tinggi? Ini Jawapan Empunya Diri
Juara Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Naqiu Boboy menafikan dakwaan dia mula bersikap 'demand' terhadap bayaran untuk sesuatu persembahan nyanyian.
Menerusi laporan Astro Awani, Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib, 33 berkata, semua urusan harga bayaran boleh dirunding.
"Pihak pengurusan tidak meletakkan bayaran sesuka hati, sebaliknya ia boleh dirunding.
“Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah sebab rezeki itu datang daripada Allah," katanya.
Jelas Naqiu, bagi penetapan harga ia juga bergantung pada skala acara atau persembahan itu sendiri.
“Kalau acara itu besar, maknanya besarlah payment. Jadi, itu bergantung kepada acara.
"Kita bukan meletakkan harga yang melangit dan tinggi-tinggi, tetapi kita ikut pada acara yang disertai,” katanya.
Sumber: Astro Awani