"Tak pernah paksa kahwin, tak pernah minta satu sen duit Safawi!" itu kenyataan daripada pihak Syifa Melvin semalam selepas tular dakwaannya dituduh punca prestasi Safawi Rasid merudum.

BACA: “Berapa Banyak Gaji Dia Pun Saya Tak Tahu" - Syifa Melvin Nafi Minta Duit Safawi Untuk Sara Hidup

Namun, di laman sosial Twitter pula kecoh apabila ada sebilangan netizen yang membongkar semula hadiah yang diterima oleh Syifa.

Barangan mewah antaranya tas tangan dan telefon pintar itu pernah dimuat naik sendiri oleh Syifa di akaun media sosial rasminya @syifamelvin sebelum ini.

Dipercayai, hadiah itu diberikan oleh individu paling rapat dengan Syifa iaitu Safawi Rasid.

Pendedahan oleh sebuah akaun Twitter @meinmokhtar itu mendapat perhatian meluas daripada pengguna.

Hingga ada dalam kalangan pengguna Twitter yang menyifatkan Syifa sebagai wanita materialistik dan pisau cukur.







Kecoh semalam apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mendedahkan terdapat seorang pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) yang dipaksa untuk berkahwin oleh teman wanitanya.

Walaupun TMJ tidak mendedahkan siapa gerangan individu tersebut, netizen mula mengaitkannya dengan pemain yang sedang meningkat naik, Safawi Rasid.

Baca: "Beri Tekanan Setiap Hari Suruh 'Boyfriend' Kahwin.." - TMJ Dedah Ada Pemain JDT Dipaksa Kahwin Oleh Teman Wanita

Berikutan kekecohan tersebut, kekasih kepada Safawi, pelakon Syifa Melvin tampil menjelaskan keadaan di Instagram miliknya.

Menurut Syifa, apa yang berlaku di atas padang tidak ada kena mengena dengan soal peribadi kerana dia tidak pernah mengusik hal kerjaya Safawi, malah sentiasa mendoakan dan memberi sokongan.

Baca: “Dia Tak Perform Atas Padang Tak Kena Mengena Dengan Personal” – Syifa Melvin

Semalam, Safawi juga turut membuat permohonan maaf di atas prestasinya yang dikatakan merosot di atas padang. Namun tidak dinyatakan kenapa prestasinya itu menurun.

Baca: "Saya Minta Maaf!" - Safawi Rasid